Friday 28 March 2014

Testimoni Kelas Asas Blog

Assalamualaikum.

Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T dapat juga saya menyiapkan tugasan ini.

Semasa memulakan perniagaan online saya, saya hanya menggunakan medium FB untuk saya mempromosikan jualan saya. Apabila saya mendapati dengan FB liputannya tidak meluas dan saya juga mendapati kawan-kawan dari group shaklee saya rata-rata semuanya mempunyai blog mereka sendiri, maka keinginan untuk membina blog seperti mereka membuak-buak dalam diri saya. Pernah saya bertanya dan meminta tolong kawan-kawan ditempat kerja untuk mengajar saya tentang asas pembinaan blog, mereka berkata "senang je bina blog ni,Sya..try bukak dulu..ikut je arahan kat situ" dan saya cuba buat dan berpegang dengan kata kawan-kawan, SENANG. Bila saya cuba buat..saya klik pada 'create new blog', then, i'm stuck..lost...hehe. Maka SENANG tadi menjadi SUSAH

Sehinggalah saya bertemu dengan Pn. Zaila Mohamad. Beliau merupakan cikgu maya saya. Belajar kelas asas blog secara online ini sangat fleksibel dengan jadual kerja saya yang agak padat. Tidak ada limit masa yang ditetapkan. Sebagai seorang yang bekerja saya agak sibuk diwaktu siang kerana tuntutan kerja hakiki. Maka pada waktu malam saya gunakan masa saya untuk belajar kelas online ini. Saya sangat suka dan berterima kasih kepada cikgu saya kerana beliau sangat penyabar dan sentiasa melayan dan menjawab segala persoalan yang saya tidak faham. Tidak saya nafikan, semasa awal-awal saya belajar, adakalanya saya tidak faham akan tugasan yang diberikan tetapi Cikgu Zalia menterjemahkan pula dalam bentuk gambarajah. Bagi saya yang kurang celik IT, saya mudah faham jika diberi penerangan dalam bentuk visual. 

Di kelas ini saya di ajar pelbagai perkara berkaitan pembinaan blog. Tugasan pertama ialah 'create email google'. Walaupun sebenarnya saya telah mempunyai akaun gmail tetapi menurut Cikgu Zalia email ini adalah penjenamaan diri maka saya terus membuat akaun gmail saya yang baru syabaniabrahman@gmail.com. Di samping itu, saya juga diajar bagaimana membuat link page fb di blog, membuat borang pesanan, membuat label dan sebagainya.

Kesimpulannya, saya sangat berpuas hati mendaftar diri di kelas asas blog online ini. Jika ada kawan-kawan yang turut berminat, boleh berhubungi terus dengan cikgu saya. ALL THE BEST!








Your Shaklee Independent Distributor

Nurul Syabani Bt Ab Rahman
Sms / WhatsApp / Telegram : 013 9288067
Shaklee ID : 884176
FB Page : https://www.facebook.com/NursyaVitaShop
Email : syabaniabrahman@gmail.com 

No comments:

Post a Comment