Alfalfa dikenal sebagai salah satu tumbuhan dengan kandungan gizi
sangat tinggi. Kandungan kalsium, klorofil, karoten, dan vitamin K yang
cukup tinggi, menjadikan alfalfa sebagai salah satu suplemen yang sering
diambil manusia. Sebenarnya, hampir semua tumbuhan hijau mengandungi
vitamin K. Namun, kandungan vitamin K dalam 100 gram alfalfa cukup tinggi, yang dapat memenuhi 38% dari keperluan tubuh dalam sehari. Hal ini dapat menjadikan alfalfa sebagi salah satu sumber vitamin K bagi tubuh.
Vitamin K amat diperlukan oleh hati bagi menghasilkan protrombin
iaitu satu bahan yang penting untuk pembekuan darah yang
sewajarnya. Vitamin K juga dapat berfungsi sebagai zat antihemolitik,
khususnya apabila terjadi perdarahan, seperti pada orang-orang yang
sedang melakukan terapi antibiotik.
Sementara itu, jika dikaji dari segi istilah klorofil pula ialah
perkataan Greek yang bermaksud daun hijau. Daun-daun dan batang tumbuhan
berwarna hijau disebabkan oleh kandungan klorofil yang terdapat di
dalam tumbuhan berkenaan. Klorofil merupakan sejenis agen rawatan yang
terhandal dan berfungsi secara semula jadi terhadap tubuh badan
manusia. Kadangkala ia digelar sebagai darah hijau sebab penyusunan
molekulnya serupa dengan sel darah merah manusia.
Nutrien dalam Alfalfa :
- Alfalfa sememangnya diketahui kaya dengan klorofil iaitu sekurang-kurangnya empat kali lebih tinggi daripada sayur-sayuran biasa.
- Kandungan protein alfalfa ialah sebanyak 18.9 peratus berbanding dengan daging 16.5 peratus, telur 13.1 peratus dan susu 3.3 peratus.
- Kandungan kalsium yang terdapat dalam alfalfa ialah 14 kali lebih daripada germa gandum dan 144 kali lebih daripada hati.
- alfalfa dikenali sebagai tumbuhan yang paling beralkali di dunia dan kealkaliannya berupaya membantu meneutralkan asid toksik dalam sistem tubuh badan manusia.
Namun begitu, setiap perkara yang baik tidak akan kita peroleh dengan
segera kerana pembersihan dan penulenan sistem badan manusia secara
semula jadi memerlukan masa yang agak panjang.
sumber
Your Shaklee Independent Distributor
Nurul Syabani Bt Ab Rahman
Sms / WhatssApp : 013 928 8067
Shaklee ID : 884176
FB Page : https://www.facebook.com/NursyaVitaShop
Email : syabaniabrahman@gmail.com
No comments:
Post a Comment