Showing posts with label Shaklee Vita-Lea. Show all posts
Showing posts with label Shaklee Vita-Lea. Show all posts

Tuesday, 4 February 2014

10 Sebab Kenapa Perlu Ambil Multivitamin

Assalamualaikum.

Sempena bulan promosi Shaklee Vita Lea a.k.a Shaklee multivitamin ini, saya ingin kongsi sedikit tentang kebaikan multivitamin. Sumber asal saya ambil dari sini

10 sebab mengapa anda harus mengambil 1 biji pil multivitamin sehari (tak kiralah brand apa yg anda pilih yer..)
1. Nutrien yang mencukupi ketika menurunkan berat badan
Dalam entri bhg 1, aku berulangkali menyebut istilah ‘metabolik’ (metabolisma) dan ‘kuning telur’. Kuning telur, tak dinafikan merupakan makanan paling tinggi nutriennya, dan tak keterlaluan jika aku katakan kuning telur merupakan ‘multivitamin’ yang di ambil oleh orang zaman dahulu pada sebelah pagi. Namun sayangnya, kuning telur tinggi kandungan kolestrolnya, disamping nilai kalorinya juga tinggi memandangkan ia kaya dengan lemak.

Kebanyakan mereka yang mengamalkan diet untuk turun berat badan pasti akan mengelak makanan-makanan berkalori tinggi seperti ini. Itu baru aku ambil contoh satu jenis makanan, bagaimana pula dengan yang lain? Tubuh badan kita sememangnya memerlukan nutrien yang mencukupi untuk terus berfungsi. Kadar metabolisma pastinya terjejas apabila kekurangan nutrien tertentu, sekaligus ia menjadi rendah dan akhirnya progres untuk turun berat badan akan menjadi semakin perlahan!

Pernah dengar ungkapan ini, “ko ni aku tengok lemah lesu, macam tak cukup makan..”. Salah satu faktornya adalah disebabkan kekurangan micronutrient dalam diet.

2. Faktor sibuk
Faktor kesibukan di zaman moden menyebabkan corak pemakanan kadang-kadang tidak seimbang(darisegi kandungan micronutriennya), terutamanya jika anda sering bekerja di luar dan jarang memasak di rumah.

3. Termusnah akibat dimasak
Haba merupakan faktor utama yang boleh menyebabkan satu-satu vitamin itu terurai. Vitamin boleh bekerja pada suhu optimum iaitu suhu badan manusia (dalam 35 darjah celcius), lebih daripada itu, ia mungkin akan musnah. Oleh sebab itu, belum terjamin 100% vitamin-vitamin yg terkandung dalam sesebuah makanan yang dimasak dapat digunakan oleh badan kita.

4. Stress (tekanan perasaan, kerja)  
Dalam dunia yang serba sibuk dan mencabar, tidak sah jika seseorang itu menghidap tekanan mental. Kehilangan magnesium dan beberapa nutrien penting adalah lumrah dek kerana tekanan perasaan, mental, dan sebagainya.

5. Kualiti makanan yang semakin rendah 
Kualiti sayur-sayuran (juga buah) yang ada kini mungkin tidak lagi setanding kualitinya berbanding sayur-sayuran yang ditanam (secara organik) beberapa dekad yang lalu. Sayur-sayuran zaman kini terlalu banyak ‘dimanjakan’ dengan bahan-bahan kimia, yang mungkin memusnahkan kualiti  nutrien yang terkandung di dalamnya.

6. Pencemaran Alam sekitar
Kemodenan dan kepesatan teknologi mengakibatkan alam sekitar kian tercemar berbanding beberapa dekad yang lalu. Saban hari, sistem ketahanan tubuh kita kian terancam, dan micronutrient yang hanya diperolehi daripada makanan sahaja (rujuk no.3 dan no.5) mungkin tidak mencukupi.


7. Tabiat makan memilih
Terdapat individu yang tidak suka makan sayur, dan hanya bergantung kepada daging dan makanan laut sahaja untuk mendapatkan sumber micronutrient, dan ini tidak mencukupi kerana kebanyakan vitamin dan mineral wujud dalam tumbuh-tumbuhan. Terdapat pula individu yang mengamalkan diet vegetarian (tak makan daging, ayam, telur) dan individu sebegini mungkin tidak mendapat cukup vitamin B12, zinc dan calcium.


8. Tahap penyerapan nutrien yang rendah 
Tidak semua individu mampu menyerap nutrien dengan baik, terutamanya golongan yang sudah berumur. Supplemen multivitamin membantu dalam memastikan bekalan vitamin dan mineral kepada tubuh badan sentiasa mencukupi.

9. Harganya yang murah 
Secara purata, sebiji pil multivitamin yang diambil sebiji setiap hari, harganya tidak sampai RM1 pun. Jika anda boleh menghabiskan wang anda dengan sekotak rokok sehari, atau sebungkus Keropok Moni (hari-hari tengok iklan ni di TV), mengapa harus memberikan 1000 alasan untuk membeli multivitamin yang baik untuk kesihatan?

10.  Role Model kita 
Salah satu rahsia mengapa Tun Dr. Mahathir berjaya mengekalkan kesihatan hingga ke usianya sekarang ialah beliau mengamalkan pengambilan 1 pil multivitamin setiap hari (kalau tak salah jenama yang beliau ambil ialah “Shaklee”).

Itulah dia 10 sebab munasabah mengapa kita memerlukan supplemen multivitamin dalam dietary kita. Buat yang sudah memilikinya, bagus, teruskan amalan mengambil 1 pil multivitamin setiap hari. Buat mereka yang belum, apa yang ditunggu lagi?  
Setiap rakyat Malaysia seharusnya memiliki sebekalan multivitamin dalam beg tangan (buat yang wanita), beg bimbit (buat lelaki tampan dan maskulin), dan beg sekolah (buat adik-adik yang masih belajar). Semua orang harus memilikinya, dan ia tidak terhad untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan sahaja.
 
sekilas fakta:
Multivitamin merujuk kepada supplemen diet yang mengandungi vitamin larut lemak (A, D, E, K), vitamin larut air (B1, B2, B6, B12, C, Folic Acid, Niacin, Pantothenic Acid, Biotin) dan mineral-mineral penting(calcium, phosphorus, iron, iodine, magnesium, manganese, copper, zinc, dan berbagai lagi).Vitamin dan mineral diistilahkan juga sebagai micronutrient dan diperlukan dalam badan dalam kuantiti yang sangat kecil. Micronutrien ini berbeza dengan ‘macronutrien’) yang bertanggungjawab kepada distribusi kalori. Bermaksud, micronutrien tidak membantu dalam distribusi kalori, atau bahasa mudahnya ‘kosong kalori’.saya petik fakta di atas dari sini.Thanks..


Memang menarik fakta2 di atas. 10 sebab yang tak boleh kita semua nafikan dan sebab tu saya kongsikannya di sini untuk kita semua. Tak kiralah brand apa yang anda pilih, pastikannya multivitamin anda adalah yg terbaik!
 
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
 
  Your Shaklee Independent Distributor
  Nurul Syabani  Bt Ab Rahman
  Sms / WhatssApp : 013 928 8067
  Shaklee ID : 884176
  FB Page : https://www.facebook.com/NursyaVitaShop
  Email : syabaniabrahman@gmail.com

Monday, 3 February 2014

Keistimewaan Shaklee Vita-Lea

  • Vita Lea adalah multivitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia. 
  • Asalnya dikenali sebagai "Vitalize-Mineral" dan disingkatkan sebutan kepada "Vita-min".  
  • Peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya dari cecair (90 tahun dahulu) kepada bentuk tablet yang dikenali sebagai Vita-Lea.
  • Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA. 
  • Diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang.
  • Tablet Vita Lea ini disaluti dengan serbuk nutrisi - spirulina.
  • Ia dihasilkan dengan kaedah yang terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks.
  • Merupakan tablet multivitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia.
  • Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protin untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil 
 Manfaat Utama
  • Penambahan Tenaga Segera - pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian.
  • Pelengkap Nutirisi - kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran (vegetarian) dan anaemia.
  • Keupayaan Sistem Produktif - penting kepada kanak-kank dan remaja yang sedang membesar.
  • Metabolisma - sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan.
  • Elemen Penting Pada Sel Tubuh - menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit kuku dan hormon serta menjaga kesihatan tirod.
  • Melindungi Organ - melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati. 

 Siapa yang memerlukan Vita Lea?
  • Wanita yang ingin hamil
  • Ibu mengandung yang selalu kena anemia 
  • Ibu menyusu, terutama yang bayinya dah berumur 6 bulan ke atas. Kajian mendapati kandungan zat besi di dalam susu ibu akan berkurangan selepas 6 bulan.
  • Individu dewasa yang berminat untuk mendapatkan kesihatan dan kecergasan jangkamasa panjang
  • Sesiapa yang pemakanan hariannya sentiasa tidak optimum
  • Sesiapa yang ingin menambah sokongan fungsi daya tahan penyakit
  • Individu yang mengalami tekanan (stress)
Jom  sini baca 10 sebab kenapa perlu ambil multivitamin!
 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Berminat untuk mencuba?? Hubungi saya segera.

 Your Shaklee Independent Distributor
  Nurul Syabani  Bt Ab Rahman
  Sms / WhatssApp : 013 928 8067
  Shaklee ID : 884176
  FB Page : https://www.facebook.com/NursyaVitaShop
  Email : syabaniabrahman@gmail.com 

Promosi Februari 2014 : Vita-Lea Iron Formula a.k.a Shaklee Multivitamin


Assalamualaikum.

Selamat tinggal Januari yang penuh keindahan. Selamat datang Februari! Semoga bulan Februari memberikan lebih keindahan ya!
Seperti biasa, masuk sahaja bulan baru Shaklee akan mengumumkan promosi baru bagi produknya. Bulan Februari adalah untuk Vita-Lea Iron Formula.


Harga pasaran Shaklee Vita-Lea untuk Semenanjung, Sabah dan Sarawak = Rm 88.75

Nak beli 1 botol boleh. Nak beli 2, 3, 4 , 5 pun boleh. Jika beli 6 botol anda akan dapat free 1 botol.

Untuk dapatkan harga promosi, hubungi saya sekarang. Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan Shaklee Multivitamin ini. Hanya di Februari.

Klik sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang Shaklee Vita Lea.

 Your Shaklee Independent Distributor
  Nurul Syabani  Bt Ab Rahman
  Sms / WhatssApp : 013 928 8067
  Shaklee ID : 884176
  FB Page : https://www.facebook.com/NursyaVitaShop
  Email : syabaniabrahman@gmail.com