Assalamualaikum.
Hari ini saya ingin berkongsi sedikit info mengenai JAUNDIS.
Apa Itu Jaundis?
Jaundis adalah disebabkan oleh pecahan sel darah merah yang menghasilkan pigmen yang dipanggil bilirubin di dalam badan.
Keadaan jaundis biasanya dialami dalam masa umur seminggu pertama dikalangan bayi yang baru lahir. Ia biasanya kelihatan pada usia bayi 2-3 hari, mencapai ke paras paling tinggi pada usia 4-5 hari dan berkurangan pada usia bayi mencapai 2 minggu.
Cara Mengesan Jaundis Di Rumah
- Tekan sedikit dada bayi dengan jari anda dalam kiraan 10.
- Kemudian lepaskan jari anda.
- Jika kemerahan lambat naik atau kulit kelihatan kuning, maka bayi anda mengalami JAUNDIS.
Kadang-kadang jaundis juga boleh dikesan pada mata dan tapak tangan bayi.
Sebab - Sebab Jaundis
- Semua bayi dilahirkan dengan sel darah merah yang berlebihan dalam tubuh kerana mereka memerlukan dengan banyak semasa dalam kandungan.
- Semasa dilahirkan, sel darah merah yang berlebihan dipecahkan didalam darah kepada pigmen yang dinamakan bilirubin.
- Bilirubin masuk ke dalam hati, ditukar kepada beban lain, di singkirkan dari tubuh melalui kencing dan najis.
- Perhatian: Jaundis boleh berlaku apabila sel darah merah pecah dengan banyak dan cepat atau hati bayi tidak berupaya mengendalikan bilirubin kerana hati bayi baru lahir masih belum matang jika dibandingkan dengan hati orang dewasa.
- Perhatian: Pertambahan dalam pemecahan sel darah merah boleh disebabkan oleh ketidaksesuaian antara darah ibu dan bayi, kekurangan enzim G6PD, jangkitan kuman pada bayi.
- Hati bayi yang tidak matang ini tidak boleh mengendalikan bebanan bilirubin. Bilirubin yang tidak dapat disingkirkan akan tinggal dalam darah dan parasnya akan meningkat.
>>> Paras bilirubin yang tinggi boleh menyebabkan kerosakan pada otak bayi, pendengaran bayi, kecacatan kekal serta boleh membawa maut.
Rawatan Bayi Yang Jaundis
- Teruskan penyusuan yang kerap kepada bayi.
- Rawatan melalui FOTOTERAPI, iaitu bayi diletakkan di bawah cahaya spectrum biru. Tujuannya untuk menukarkan bilirubin kepada bentuk yang boleh disingkirkan melalui air kencing dan najis.
- Jika paras jaundis terlalu tinggi ia boleh merosakkan otak dan satu pertukaran darah perlu dibuat untuk menurunkan paras bilirubin dengan cepat.
- Prosedur ini melibatkan pengambilan darah bayi dan digantikan dengan darah penderma yang mengandungi sedikit bilirubin di masukkan ke dalam salur darah bayi melalui tali pusat bayi.
PERHATIAN:
Jangan tunggu sehingga bayi anda jaundis teruk dengan tanda-tanda berikut:
- Warna najis: Najis bayi bewarna putih, kelabu atau kuning pucat manakala air kencing gelap.
- Kulit Kuning: Kulit menjadi lebih kuning, bermula dari muka dan mata, turun ke dada, perut dan akhirnya kaki.
- Lesu: Bayi lesu, pucat dan tidak bermaya.
- Kehilangan berat badan: Tidak berselera minum susu atau berat badan tidak bertambah.
- Sawan: Bayi diserang sawan.
>>> ANAK anugerah ALLAh yang tak ternilai.
>>> Selamat berpantang bagi ibu-ibu yang baru melahirkan. Ingin mencuba berpantang secara moden? Tanpa jamu? baca sini
Your Shaklee Independent Distributor
Nurul Syabani Bt Ab Rahman
Sms / WhatssApp : 013 928 8067
Shaklee ID : 884176
FB Page : https://www.facebook.com/NursyaVitaShop
Email : syabaniabrahman@gmail.com
Sms / WhatssApp : 013 928 8067
Shaklee ID : 884176
FB Page : https://www.facebook.com/NursyaVitaShop
Email : syabaniabrahman@gmail.com
No comments:
Post a Comment