Monday 20 January 2014

SALAM PERKENALAN

Bismillahirrahmanirrahim.Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah SWT, dapat saya mewujudkan blog Nursya Vita Shop ini. Blog ini merupakan sebuah blog di mana saya akan memperkenal dan berhasrat untuk berkongsi kebaikan-kebaikan produk kesihatan yang hebat iaitu SHAKLEE.

Sebelum saya meneruskan penulisan saya ini, izinkan saya untuk memperkenalkan diri saya terlebih dahulu. Nama saya Nurul Syabani Bt Ab Rahman. Berusia 35 tahun. Saya dilahirkan di Kuantan, Pahang tetapi di besarkan di Dungun, Terengganu. Merupakan seorang guru di sebuah sekolah di Pahang. Sudah berumahtangga dan dikurniakan 2 orang cahayamata. Kedua-duanya hero, yang sulung bernama Muhammad Azhad Naqib berusia 5 tahun dan yang kedua bernama Amzar Nafiz berusia 1 tahun 7 bulan. Sangat comel.Sangat aktif. Sangat lasak. Merekalah anugerah Allah yang terindah dalam hidup saya.

Berbalik kepada blog Nursya Vita Shop ini, sebenarnya saya telah lama berhasrat untuk mewujudkan sebuah blog tetapi disebabkan kekurangan ilmu tentang perkara ini maka saya pendamkan hasrat tersebut. Sehinggalah saya memulakan perniagaan produk Shaklee ini, saya merasakan pentingnya sebuah blog. Melalui blog saya akan dapat memperkenalkan produk Shaklee dan dapat berkongsi kebaikan daripadanya kepada semua. Dengan bantuan dan tunjuk ajar oleh Pn.Zaila Mohamad akhirnya impian saya terlaksana.

Shaklee Corporation merupakan  sebuah syarikat nutrisi semulajadi dan peneraju perniagaan serta pembuatan suplemen yang terulung di dunia. Antara produk-produk Shaklee ialah Alfafa Complex, Ostematrik,Omega Guard, Herb-Lax, Peppermint Ginger Plus, Nutriferon, Advanced Joint Health Tablet, Vivix, Esp,Vita-Lea, Gla Complex, Collagen Powder, B-Complex, Lecithin, Cinch Shake Mix, Garlic, Carotomax, SR Vita-C Plus, Meal Shake dan banyak lagi.

Selain daripada itu, di Nursya Vita Shop, anda juga boleh dapatkan set-set berikut:
  • Set A (Kesihatan Optimum)
  • Set B (Ibu Menyusu - Basic)
  • Set 3M (Ibu Menyusu - Optimum)
  • Set Eu - Four Pack
  • Set C (Pembedahan / Ibu Berpantang)
  • Set D (Kecantikan Kulit / Kesuburan)
  • Set F (Penjagaan Dalaman Wanita)
  • Set G (Resdung/Athma/Alergi/Eczema)
  • Set H (Sistem Imun Badan)
  • Set J (Ibu Mengandung)
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Sekiranya anda berminat untuk dapatkan produk dan set tersebut boleh hubungi saya sekarang.

  Your Shaklee Independent Distributor
  Nurul Syabani  Bt Ab Rahman
  Sms / WhatssApp : 013 928 8067
  Shaklee ID : 884176
  FB Page : https://www.facebook.com/NursyaVitaShop
  Email : syabaniabrahman@gmail.com

No comments:

Post a Comment