Thursday 23 January 2014

Rahsia Daun Alfafa

Alfalfa (Medicago sativa) adalah tanaman sejenis tanaman herba yang telah digunakan sejak zaman dahulu. Alfalfa membawa makna `Bapa Segala Makanan’ di mana gelaran ini diperoleh daripada masyarakat Arab di Persia sejak beberapa abad lalu. Alfalfa merupakan sejenis tumbuhan yang mempunyai struktur akar yang unik di mana ia boleh menyerap pelbagai zat galian, vitamin dan lapan jenis asid amino.







Alfalfa dikenal sebagai salah satu tumbuhan dengan kandungan gizi sangat tinggi. Kandungan kalsium, klorofil, karoten, dan vitamin K yang cukup tinggi, menjadikan alfalfa sebagai salah satu suplemen yang sering diambil manusia. Sebenarnya, hampir semua tumbuhan hijau mengandungi vitamin K. Namun, kandungan vitamin K dalam 100 gram alfalfa cukup tinggi, yang dapat memenuhi 38% dari keperluan tubuh dalam sehari. Hal ini dapat menjadikan alfalfa sebagi salah satu sumber vitamin K bagi tubuh.
Vitamin K amat diperlukan oleh hati bagi menghasilkan protrombin iaitu satu bahan yang penting untuk pembekuan darah yang sewajarnya. Vitamin K juga dapat berfungsi sebagai zat antihemolitik, khususnya apabila terjadi perdarahan, seperti pada orang-orang yang sedang melakukan terapi antibiotik.
Sementara itu, jika dikaji dari segi istilah klorofil pula ialah perkataan Greek yang bermaksud daun hijau. Daun-daun dan batang tumbuhan berwarna hijau disebabkan oleh kandungan klorofil yang terdapat di dalam tumbuhan berkenaan. Klorofil merupakan sejenis agen rawatan yang terhandal dan berfungsi secara semula jadi terhadap tubuh badan manusia. Kadangkala ia digelar sebagai darah hijau sebab penyusunan molekulnya serupa dengan sel darah merah manusia.

Nutrien dalam Alfalfa :
  1. Alfalfa sememangnya diketahui kaya dengan klorofil iaitu sekurang-kurangnya empat kali lebih tinggi daripada sayur-sayuran biasa.
  2. Kandungan protein alfalfa ialah sebanyak 18.9 peratus berbanding dengan daging 16.5 peratus, telur 13.1 peratus dan susu 3.3 peratus.
  3. Kandungan kalsium yang terdapat dalam alfalfa ialah 14 kali lebih daripada germa gandum dan 144 kali lebih daripada hati.
  4. alfalfa dikenali sebagai tumbuhan yang paling beralkali di dunia dan kealkaliannya berupaya membantu meneutralkan asid toksik dalam sistem tubuh badan manusia.
Namun begitu, setiap perkara yang baik tidak akan kita peroleh dengan segera kerana pembersihan dan penulenan sistem badan manusia secara semula jadi memerlukan masa yang agak panjang.


sumber
sumber

 Your Shaklee Independent Distributor
  Nurul Syabani  Bt Ab Rahman
  Sms / WhatssApp : 013 928 8067
  Shaklee ID : 884176
  FB Page : https://www.facebook.com/NursyaVitaShop
  Email : syabaniabrahman@gmail.com 






No comments:

Post a Comment